Kata-kata Aluan
Guru Besar (1.4.2011 – 16.8.2012)
Sekolah Kebangsaan Parit Gantong
Assalamualaikum wrt. dan
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah,
saya dahului dengan memanjatkan sepenuh kesyukuran
kepada Allah swt kerana dengan izin dan limpah kunai-Nya, akhirnya Perancangan
Strategik ( PS ) 2012 ini, dapat
dihasilkan jua sebagai instrumen penanda
aras dalam menjayakan aspirasi Sekolah
Kebangsaan Parit Gantong bagi tahun 2012.
Tujuan PS ini
dibukukan sebagai wadah terbaik dalam
menterjemahkan idea-idea bernas dalam menggerakkan organisasi sekolah
apabila menjelangnya sesi baru persekolahan di mana bermula dari sini, semua
program akan dapat dilaksanakan dengan berkesan, Insya-Allah. Ini selaras
dengan pemantapan kemenjadian sekolah berpandukan Pelaksanaan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia – ( SKPM – Sekolah ) sepertimana yang termaktub dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PIPP ). Cabaran Transformasi Pendidikan
1 Malaysia – 2012 menentukan tercapainya
dasar-dasar terkini pendidikan dan menuntut para guru sentiasa bersiap
siaga menyahutnya.
Selaku Guru
Besar sekolah ini, saya akan mencuba memastikan sebaik mungkin dalam
merealisasikan pelaksanaan aspirasi sekolah ini, dengan merujuk kualiti
pendidikan sekolah supaya tercapai, terutama dalam kemenjadian aset utama
pendidikan negara iaitu para murid yang sewajarnya mencapai aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek ( JERI ) secara seimbang dan menyeluruh selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ).
Akhir bicara dan
harapan saya, semoga Perancangan Strategik 2012 ini menjadi panduan bagi warga guru sekolah
ini merancang program-program penambahbaikan secara istiqamah sekaligus menjana
kecemerlangan sekolah selaras dengan visinya - SKPG CEMERLANG MENJELANG 2013.
-
MAJU
MULIA SKPG –
Yang
Berusaha Puan Siti Hawa binti Yussof
Guru Besar
SK Parit gantong
No comments:
Post a Comment
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم